Wednesday, 20 November 2013

Trip to Melbourne Australia #day 1

Assalamualaikum and hi !

Fuhh .. dah lama rasanya tak hupdate belog ni .. dah berhabuk agaknya. Sawang sana sini. Tiup sikit.. *fuhhfuhh* ... Last hupdate pon masa bulan 2 tahun ni kot. Lama la tu kan ? :p . Cuti lelama ni tak tahu la nak buat apa. Tak ada aktiviti pun nak buat. Bengkak mata eden. Apekehal kan ? hmm .. Haa cakap pasal entry kali ni , tak sesabau nak mengabornyee . 

Baru-baru ni aku dan family aku , iaitu ciksu , cikpa , ayahlo, uncle, mok ein , mokyu n si kecik , inara, pergi lahh ke Melbourne , Australia. Macam tak percaya pulak aku nak melangkah kaki kat negara kulit-kulit putih ni kan. Al-kisah bertolaknya ni kita orang naik flight Firefly dari Kota Bharu ke Subang. Mula-mula naik kapal terbang hadoii hazabbedah aku. Pening. 

Sesampainya kat Airport Subang , ayahlo n ciksu , datang amik kita orang n stay kat rumah dia dulu sementara nak menunggu flight ke Melbourne pulak. Di pendekkan cerita , 5jam sebelum 10:30 pm, ciksu siap sedia telefon teksi untuk ke LCCT. Kita orang pon cepat-cepat bawa turun barang sebab takut teksi datang awal. 

time ni cepat-cepat angkat barang. cause teksi dah datang >,<

Sesampainya kat LCCT, dah siap-siap check-in semua, sementara nak masuk , kena pulak tunggu inara ni hah ter'poop' katanya. Haha. So, terpaksalah semua menunggu. 

yang tudung biru berbeg pink tu la ciksu , iolls yang cream2 tu. Time ni serious talk , memang tak rasa pun otw to melbourne . Why ? aku pun tak tahu. 

Lepas dah check2 beg , kena pulak menunggu kat dalam sebelum nak naik kapal terbang tu . Haishh ! Trip yang banyak menunggu..... 

ngee ~

masuk dalam , n tunggu lagi .... time tunggu tu , ambik feeling2 gambo mat salleh kauu . haa ~

yang aku pelik, macam mana wanita salleh tu boleh pandang kamera ? did she know it ? atau adakah dia seorang artis yang tahu di mana paparazzi berada ? oh wateverr lahh >.<

Haah ! Bila dah sampai flight Airbus Air Asia X , serious memang berdebar kauu. Muka aku tetiba jadi salleh jugak. Punya la tak berdebar, cikpa, uncle, n inara semua duk sit depan . Ayahlo , ciksu , makyu, n mok ein pulak duk sit blakang skali . aku ni hah ? duk sit tengah-tengah yang diapit oleh dua orang lelaki berusia n the most important one , lelaki tu mat salleh ori ekauu !! punyalah aku ni berdoa agar lelaki tu tak cakap ngan aku. >,<  

Last2 time dalam flight aku buat muka relax je , macam konon-konon nak pergi belajar oversea. Then , time aku duk sibuk-sibuk pakai stokin lah, pakai selimut lah , acah-acah buat busy kononnya , sebab tak nak mat salleh tu tanya apa-apa. Last2, dia kata "Hoow, so cold ahh ? " sambil sengeh bercakap dengan aku. Aku jawab apa kau tahu , "Ohh , yes.yes. " .. Bangga kejap aku cakap dengan orang putihh .. Hehe 

Faham-faham je la kan , sleng orang putih Australia ni macam mana kan ? laju hekauuu . Aku kekadang dengar diorang cakap then hangguk2 je . Faham sepatah dua je .. Kalau yang cakap versi slow motion baru lah betul-betul faham. 7jam dalam flight memang hazabedah . Dah la duk sit center . Nak ter"pergi" tandas pun aku malu nak cakap dengan mat salleh tu. Dahla uncle tu tidur je sepanjang 7jam tu . Korang bayang lah macam mana aku rasa time tu , excited ada , nervous ada, nak terkucil pun memang serious ada . 

Dalam berapa minit nak sampai Melbourne airport , dan2 pulak aku ternampak uncle yang sebelah kanan aku ni pegang passport warna merah. Aku time tu macam "ah ?" . Adakah uncle sebelah ni orang Malaysia?, bertanya aku dalam hati ni hah . Last2 uncle tu berborak2 dengan aku. Rupa-rupanya dia ni orang cina Malaysia , ciss , siap gelar diri dia "pakcik" lagi .. Kalau aku tahu dari tadi aku minta izin nak lalu pergi tandas. Hazabbbb. >,< . Uncle mat salleh sebelah aku yang sorang lagi ni pulak memang tidur aje sepanjang 7 jam . 

5minit dalam flight, ketua peramugari tu announce, dia kata suhu di Melbourne ialah 11dgree celcius. Aku mula-mula macam "alahh, biasa je ni , acah-acah suhu air-cond je" .. mendarat je kitaorang kat Airport, hampappp ko suhu air-cond ! ciss .. terketor-ketor aku . Padan muka.. Suhu aircond konon. 

tapi sesejuk mana pun, muka gembira tetap ada lagi ni :))


Nampak tu ? "Way out , Bag Claim" . Haa ~ semua dah nak pergi hangkutt beg masing-masing

And yang bagusnya Airport ni , dia ada sediakan adik beradik elevator gittew . tapi bukan ke atas , tapi ke depan . macam ni hah .. 

Dengan adanya benda ni , tak payah susah-susah nak jalan. Makcik Pakcik cekebum-cekebum yang lenguh kaki tu buleh berdiri je atas ni and dia gerak sendiri . eheh terpromote pulak. Tu , macam ayah lo tu. berdiri pon ye , berjalan pon ye jugak , baik tak payah naik kan ? haha 





will be continue .....






1 comment: